CEO MTF mengadap Presiden Turki di Istana Putih Aksaray


ANKARA, 19 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Persahabatan Malaysia Turki (MTF Foundation) Ustaz Qamarul Naim Mohd Faisal telah hadir mengadap Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan di Istana Putih Aksaray di sini pada 9 Januari lalu.

Dalam pertemuan itu, Ustaz Qamarul menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan Turki di atas penyertaan yang sangat baik negara itu dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) anjuran MTF Foundation, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pusat Hubungan Arab Turki (TAIM) pada 11 hingga 13 November tahun lalu.

Ustaz Qamarul telah diiringi oleh Naib Pengerusi AKP Prof Dr Yasin Aktay yang juga merupakan Timbalan Pengerusi KL Summit dan Prof Dr Ibrahim Kalin.

Pelbagai isu dunia Islam menjadi topik perbincangan termasuk peranan yang dimainkan oleh Turki.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju agar hubungan Malaysia dan Turki dipertingkatkan sama ada di peringkat kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.

Dalam persidangan antarabangsa yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Ketua Perhubungan Luar AKP Muhammad Bilal Macit telah hadir dan menyampaikan ucapan aluan selain menyumbang idea dan pandangannya.

Hampir 100 orang pemimpin politik dan pemikir Islam dari 21 buah negara telah menghadiri sidang kemuncak itu.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian