Cerpen: Angka berubah
‘Hmm.. Dah masuk 2015 ni. 2014 dah pun tinggalkan aku. Tetapi aku masih macam ni. Kawan-kawan aku dah berjaya.’
2015. Satu angka bertambah. Maka umurku kian berganjak menghampiri pengakhiran.
‘Ahhh!! Sampai bila begini?’ Dengus aku dalam hati. Soalan dari Ayub membuatku teringat masa laluku.
***********************************
[Imbas Kembali October 2014]
“Lah kau Syuib , masih dengan gadget kau? Game apa pula tu kau main?” Bahuku dicuit kasar oleh Ayub. Teman sebilik denganku.
“CoC. Best kot. Jom ah join.” Acuh tak acuh aku menjawab.
“Macam mana alur permainanya?” Entah kenapa aku rasakan Ayub seakan menyindirku dengan pertanyaannya itu. ‘Mungkin dia benar berminat nak main kot’ . Cepat-cepat aku sangkal dalam hati.
“Oh game ni. CoC ni main dia macam ni. First sekali kau kena create base kampung kau. Selepas tu, kau kena susun tower defense kat mana kau nak dan letak wall . Kemudian barulah kau boleh letak army camp kau.” Semangat aku menceritakan tentang game ini.
“Macam tu je ? Huh , Tak mencabar langsung!” Kata-kata Ayub tu membuatkan aku tercabar pula.
“Eh dia ni. Aku tak habis terangkan lagi lah. Bila kau sudah dekat level teratas , kiranya pangkat leader, semua orang akan menghormati kau. Ala , senang cerita, game ni sangat best. Kita boleh serang kampung orang lain. Serang tu pula bukan serang yang kosong. Serang untuk dapatkan duit dan elixir.” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Ayub sekali lagi menyampuk.
“Untuk apa kedua-dua benda tersebut?” Mukanya seakan beria-ia sangat untuk mengetahui.
“Elixir tu untuk buat army. Manakala duit pula untuk buat wall dan defense. Selain tu kau boleh tekan next untuk menyerang kampung lain kalau kau tak puas hati dengan kampung tu. Coc ni berbeza dengan dota. Dota ni selagi tak kalah selagi tu kena main tetapi CoC game ni rilek je. Cuma.. kau kena rajin farming lah. Sebab CoC ni berangkai. Kalau Dota boleh tutup terus bila habis main.” Suatu masa dahulu masaku untuk dota. Kini masaku untuk CoC pula.
“Takpalah kau main lah. Macam banyak ja benda kena buat. Aku nak ke bilik Hanif ni. Diorang buat solat jemaah maghrib langsung dengan solat sunat hajat terus Tak nak sertai?” Ayub berlalu selepas melihat aku menggelengkan kepalaku. Dia sempat mencapai sejadah di hujung meja komputerku. Hanya ekor mataku menghantar kelibatnya.
***********************************
“Hello , weh Syuib, kau kat mana?” Iphoneku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Ikhwan tertera.
“Aku dekat hostel lagi. Jumpa dekat ‘Barakah Nasi Kandar’ pukul 10 malam.” Janji telah dibuat. Ingin minum-minum sambil tengok siaran langsung perlawanan bola sepak.
Setelah menamatkan perbualan telefon dengan Ikhwan, Ayub menyapaku. Ikhwan merupakan kawan sekelas kami berdua. Dia pelajar pintar di universiti kami ini. Namun sikapnya yang suka ambil lewa terhadap sesuatu membuatkan dia tidak digemari oleh orang ramai.
“Syuib, kau nak keluar ke? Kan dah lewat. Esok kita ada test Engineering Mathematics tau.” Ayub mengingatkan aku tentang test yang diadakan oleh Madam Farah pada esok hari. Ini untuk membantu markah keputusan peperiksaan pertengahan kami semua yang sedikit merosot.
“Kau ni gelabah sangat lah Ayub. Test ja pun. Pejam mata pun boleh jawab lah. Hehehe.” Dalam nada gurauan aku menjawab. Dengan harapan dia tidak lagi gusar. Aku segera mencapai kunci motor dan terus berlalu pergi.
“Boleh tak tolong ajar aku macam mana nak selesaikan pengiraan untuk yang ni?” Kelam kabut aku dibuatnya. Waktu itu jam menunjukkan tiga pagi. Aku baru sahaja pulang dari kedai makan bersama Ikhwan. Mujurlah Ayub masih berjaga.
“Hmm.. kau ni kan. Suka sangat buat kerja last minute. Ok, untuk kira ni macam ni….” Selesai sahaja dia memberi tunjuk ajar, aku menguap keletihan. Badan perlukan rehat secukupnya.
“Terima kasih Ayub. Esok sempat kan kita sambung saki baki yang tertinggal?” Aku bertanya padanya. Namun mendengar sahaja jawapannya, aku jadi terkedu seketika.
‘Pukul 8 pagi test? Aduhh. Macam mana ni.’ Monologku dalam hati. Aku ambil helaian kertas untuk diulangkaji namun mataku meminta untuk dipejam. Dan akhirnya aku terkulai di meja belajarku.
“Macam mana kau? Boleh jawab?” Sebaik sahaja keluar dari kelas peperiksaan, Ayub menegurku.
“Hmm.. Boleh ..” Lemah jawapanku. ‘Ah, sesal dahulu pendapatanlah Syuib.’ Sesalku dalam hati.
[Imbas Kembali Disember 2014]
Hanya tinggal lagi sebulan sahaja untuk aku tamat belajar. 2015 nanti aku tidak akan lagi begelar pelajar. Memandangkan ini merupakan peperiksaan terakhir untukku. Aku harus membuktikan pada semua orang yang aku mampu berjaya.
“Syuib, Kita join kelab Pembina cawangan Gombak nak? Diorang ada buat misi kemanusiaan banjir pantai timur tu. Kita jadi sukarelawan.” Ayub memandangkan kearahku selepas membaca sesuatu di laman muka bukunya.
“Tak nak lah Ayub. Aku tak minatlah. Final Exam dah nak dekat lagipun. Nanti tak sempat nak baca buku.” Lagi beberapa hari sahaja peperiksaan akhir tahun akan berlangsung.
“Weekend ni ja pun pergi. Tak apalah Syuib, kau study lah.” Ayub sedang mengisi borang pendaftaran misi kemanusiaan banjir tersebut. Mungkin benar dia ingin pergi menyumbangkan seluruh tenaganya di sana.
Banjir besar yang berlaku telah menyebabkan kemusnahan rumah, sekolah, kedai-kedai sehinggakan penduduk kawasan pantai timur terputus bekalan makanan.
“Weh Syuib, kau dah kenapa gelak besar macam tu? Tak nampak ke aku tengah buat apa tadi?” Selesai sahaja memberi salam, Ayub menegurku. Ayub tika itu baru sahaja selesai solat fardhu asar. Tangannya mencapai gadgetnya untuk membuka aplikasi Mathurat.
“Oh, maaf. Ni kumpulan ni yang buat aku gelak besar. Serious, kau kena tengok. Kelakar sangat diorang minggu ni.” MaharajaGelak Mega 2014 kini mendapat sambutan hangat di siaran televisyen. Walaupun berada di kolej, aku dapat menontonnya melalui online.
“Hah, dah tengok tu jangan lewat solat pula.” Ayub terus membaca bacaan Mathurat itu selepas mengingatkanku.
“Ye la Ustaz Ayub.” Ayub memang seorang yang baik hati. Sebab itu aku menggelarkannya sebagai Ustaz. Cuma mulutnya sahaja yang perlu berhati-hati tika mengeluarkan patah-patah perkataan. Risau ada yang akan terasa hati.
“Boleh tak kau perlahankan sedikit volume laptop kau tu? Aku nak baca Al-Quran dan terjemahannya sikit.” Ayub memberitahuku dengan nada perlahan.
“Boleh. Aku pun nak pergi ambil wuduk dan solat.” Tika itu jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Terleka dengan keasyikan rancangan tadi, aku lalai dan tidak menjaga waktu solatku. Sedangkan solat awal waktu itu adalah perkara yang baik.
***********************************
“Weh Syuib , mengelamun apa kau? Aku tanya kau kehidupan kau sekarang kau boleh berangan pula.” Teguran Ayub mematikan lamunan ku akan kisah setahun yang lepas.
Kini aku sudah menamatkan zaman belajarku. Aku berjaya meraih segulung ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Alhamdulillah aku juga dipanggil untuk bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur ini. Namun, aku rasakan ada sesuatu yang belum ditemui. Hidupku seakan kosong. Lalu ,
“Ayub, kau pernah rasa kosong?” Ayub hanya tersenyum menanti butir bicara seterusnya keluar dari mulut Syuib.
“Ayub, aku rasa aku perlu berubah. Dan aku rasa azam untuk tahun ni aku nakkan pembaharuan. Aku nak tinggalkan perkara-perkara sia-sia seperti tahun lepas.” Ayub kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat Master pula di universiti yang sama. kami berbual-bual ketika waktu rehat makan tengahari.
“Maksud kau?” Ayub seakan terpinga-pinga dengan ayat yang keluar dari mulutku. Ayub dihadapanku adalah pemuda yang sudah jauh meninggalkanku dalam amal kebaikan. Tatkala dia sibuk menghabisi masanya menghadiri halaqah, aku pula sibuk dengan perkara sia-sia. Padahal dulu kami berdua sama sahaja, kosong.
“Dari Januari sehingga Disember 2014 hidupku hanya dihiasi dengan game, laman sosial, melepak bersama kawan-kawan sahaja. Solat fardhuku berterabur. Bacaan Al-Quranku juga tergagap.” Aku menundukkan wajahku. Malu ingin bertentang mata dengan Ayub.
“Alhamdulillah. Syuib yang aku kenal sudah kembali.” Ayub lekas memeluk Syuib di kedai makan tersebut. Ayub menyambung lagi.
“Kau tahu sebenarnya hidup kita ni sama sahaja macam game yang kau main. Kau perlukan ‘duit dan elixir’ untuk teruskan kehidupan kau di dunia ni. Duit tu ibarat ilmu, elixir tu pulak ibarat iman. First sekali kau kena create base kampung kau, iaitu agenda hidup kau. Selepas tu, kau kena susun tower defense kat mana kau nak dan letak wall. Tower tu umpama dinding iman yang kau bina untuk melawan hawa nafsu. Kemudian barulah kau boleh letak army camp kau. Merekalah yang akan bekerja untuk memberi bisikan yang baik pada kau supaya kau menjadi muslim yang taat.”
“Wah, hebatlah kau ni Ayub. Aku ingat ustaz macam kau tak tahu pasal game. Hehe.” Syuib mengusik Ayub.
“Manusia berubahkan, Syuib.” Ayub hanya mempamerkan senyum kecil.
“Bantu aku boleh? Aku khuatir kalau aku tergelincir sekali lagi. Aku taknak sia-siakan tahun 2015 seperti mana telah aku siakan tahun-tahun yang lepas.” Serak suaraku meminta Ayub membantuku. Anggukan kepala dari Ayub membuatkan aku bertambah yakin.
2014,
Kau sudah pergi.
Jauh dari sisi.
Kau takkan mungkin kembali.
Cukuplah kau datang hanya untuk sekali.
2015,
Semoga sentiasa diriku ini mendapat redha Illahi.
Semoga sentiasa menjadikan diriku insan qawi,
Melawan nafsu membelenggu diri.
Hasil Nukilan: ibuadik [Pelajar Universiti Saemyung, Korea Selatan]
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan