Dakwa Jakim promosi ekstremisme, polis tahan Eric Paulsen


KUALA LUMPUR, 12 Jan – Seorang lelaki yang dilaporkan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis ditahan di sini malam ini.          

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan lelaki berkenaan ditahan di Brickfields sebentar tadi.

“@PDRMsia baru sahaja menangkap (lelaki itu) di Brickfields,” kata Khalid dalam laman Twitternya.

Individu terbabit menerusi catatan di laman Twitternya pada Jumaat lepas dilaporkan menyatakan: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.

Kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Pada Sabtu, Khalid mengesahkan polis akan menyiasat lelaki itu mengikut Akta Hasutan 1948. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?