Hubungan otak dan tingkah laku remaja


Kita sering mendengar ungkapan muharriq dikaitkan dengan remaja. Perkataan yang dikaitkan dengan keadaan tidak stabil, galau dan tidak menentu ini kini menjadi label utama kepada sifat remaja. Adakah istilah ini hanya satu dakwaan nakal terhadap kondisi huru-hara alam remaja atau sememangnya ada pembuktian yang jelas mengenai ketidakstabilan kelompok hebat bergelar remaja ini?

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa keseluruhan apa yang berlaku pada tubuh badan kita dikaitkan dengan otak. Otak sebagai satu sistem berpusat yang menerima, mengawal dan menentukan apa sahaja yang berlaku pada tubuh badan kita. Otak manusia berkembang semenjak ia berusia 6 bulan di dalam kandungan. Pada usia awal perkembangan kanak-kanak, otak berkembang dengan lebih pesat sehingga dikatakan mampu menyerap 100 peratus rangsangan yang diterima.

Sebaik sahaja menginjak ke usia remaja, otak seolah-olah mengalami satu lonjakan yang besar apabila semakin banyak kemahiran kognitif dan keupayaan baru yang dikuasai. Fasa ini dikira sebagai fasa pembangunan yang paling kritikal yang berlaku pada usia 11-19 tahun. Demikian sebagaimana yang disebut oleh Sara Johnson, Penolong Profesor di Sekolah Johns Hopkins Bloomberg of Public Health .

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Nature Neuroscience, otak manusia seperti mengalami satu letupan pertumbuhan saraf untuk kali keduanya dalam hayat manusia tepat pada waktu baligh. Kemuncaknya berlaku pada usia 11 tahun bagi perempuan dan 12 tahun bagi lelaki dan akan terus berlaku sehingga usia mencecah 25 tahun. Dalam kondisi ini remaja umpama memiliki kemahiran berfikir yang baharu. Keupayaan remaja dalam memposes maklumat akan menjadi semakin baik dan mula mengambil peranan seperti orang dewasa terutama dalam membuat keputusan.

Malangnya pada saat dan waktu ini terdapat satu rintangan besar yang sering dilihat memberi impak negatif kepada remaja dalam aspek membuat keputusan iaitu emosi. Ini disebabkan, pada waktu ini otak remaja juga masih bergantung kepada sistem limbik yang menonjolkan emosi berbanding korteks prefrontal yang lebih fokus kepada analisa maklumat. Sistem limbik adalah bahagian otak yang mengatur degupan jantung dan juga kadar gula dalam darah.

 Malangnya pada saat dan waktu ini terdapat satu rintangan besar yang sering dilihat memberi impak negatif kepada remaja dalam aspek membuat keputusan iaitu emosi.

Pada masa yang sama juga, hal ini turut mempengaruhi hormon yang secara tidak sedar menonjolkan emosi-emosi remaja seperti kesedihan, gembira, takut dan juga tarikan seksual. Sistem limbik ini juga membuatkan remaja lebih bertoleransi dan berani berhadapan dengan risiko berbanding orang dewasa sekaligus menyebabkan mereka lebih mudah terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi seperti dadah, jenayah seksual dan juga pergaduhan.

Ini merupakan proses yang normal yang berlaku dalam otak setiap manusia. Oleh sebab proses ini berlaku pada fasa usia remaja ini, maka remaja itu sering bertingkah laku agak agresif oleh orang dewasa. Barangkali setelah kita meneliti perkara di atas kita boleh menerima istilah muharriq itu dilabel kepada remaja namun persoalan yang lebih besar selepas ini ialah apa pula peranan dan juga perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka sepanjang proses ini?

Asmadi bin Abdul Samad
PENGARAH KRIM NASIONAL

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?