ISMA Kajang giat kumpul sumbangan untuk mangsa banjir


KAJANG, 1 Jan –  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kajang sedang giat menjalankan usaha mengumpulkan barang keperluan dan sumbangan dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Ketua Misi Bantuan Khas Banjir 2014 ISMA Kajang, Amiruddin Hussain berkata ISMA bekerjasama dengan Briged Bakti PEMBINA, Yayasan Ikhlas, I-Medik, KRIM dan Wanita ISMA mensasarkan sumbangan sebanyak RM500,000 beserta barangan keperluan dan ubat-ubatan.

“Kita telah menyusun jadual misi khas dan bantuan ke beberapa kawasan yang dilanda musibah termasuk Temerloh, Jerantut, Paloh Inai, Kota Bharu, Kemaman dan Kuala Kangsar,

“Bagi setiap misi kita menyasarkan dana sebanyak RM25,000 dan tiga tan barang keperluan dan ubat-ubatan,” katanya lagi.

ISMA Kajang turut membuka pusat pengumpulan barang sumbangan yang dibuka setiap hari dari jam enam petang sehingga 11 malam di Pejabat ISMA Kajang, B-11-1B, Jalan Prima Saujana 2/A, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi Amiruddin (0196263686) atau Atiq (0134035184).

Jadual Misi Bantuan Banjir

Misi Khas Temerloh
Masa: 31 Dis – 2 Jan
Objektif: Bantuan makanan, selimut

Misi Khas Jerantut
Masa: 31 Dis – 2 Jan
Objektif: Bantuan makanan, selimut

Misi Khas Paloh Inai
Masa: 31 Dis – 2 Jan
Objektif: Bantuan makanan, selimut

Misi Bantuan Kota Bharu
Masa: 1 – 4 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Kota Bharu
Masa: 5 – 9 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Temerloh
Masa: 5 – 6 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Jerantut
Masa: 5 – 6 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Kemaman
Masa: 1 – 4 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Kuala Kangsar
Masa: 3 – 4 Jan
Objektif: Pembersihan dan bantuan makanan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?