“Kelantan tidak boleh dipulihkan, jika pemimpin Kelantan terus bergaduh”


SHAH ALAM, 2 Jan – “Saya rasa jika pemimpin di kerajaan negeri Kelantan masih bergaduh, Kelantan tidak boleh dipulihkan.”

Demikian kenyataan Penerbit Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub dalam satu sidang media hari ini, lapor Sinar Harian Online.

Beliau turut menggesa ahli politik menghentikan polemik politik masing-masing demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.

Datuk Hussamuddin membuat kenyataan tersebut dalam sidang media khas bagi menjawab pelbagai maklum balas terhadap pandangannya sebelum ini supaya kedua-dua parti Pas dan Umno di Kelantan bergabung bagi menyelesaikan masalah rakyat akibat banjir.

Beliau turut menggesa ahli politik menghentikan polemik politik masing-masing demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.

“Kalau semua pemimpin turun tengok banjir, siapa nak urus negeri? Pemimpin perlu balik ke pejabat masing-masing dan fikir perancangan untuk uruskan negeri. Serahkan semua tugas penyaluran bantuan dan makanan kepada petugas-petugas yang ditugaskan untuk misi bantuan mangsa banjir.

“Mungkin pemimpin sudah mula merancang, tetapi perancangan tanpa pelaksanaan memang akan gagal,” tegasnya.

Datuk Hussamuddin juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kenyataannya sebelum ini bertujuan tidak ikhlas.

“Saya bukan cuba jual Sinar Harian (akhbar). Tuduhan cuba jual Sinar Harian itu tidak betul. Saya hanya memberikan idea saya. Malangnya saranan saya dipolitikkan.

“Malah, saya dijadikan kambing hitam bagi sesetengah pihak untuk alih perhatian,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak untuk membaca dan meneliti semula kenyataannya yang diterbitkan menerusi akhbar cetak Sinar Harian kelmarin sebelum memberikan pandangan masing-masing.

“Kalau semua pihak baca kenyataan saya dengan mendalam, mungkin mereka akan faham. Jadi saya minta mereka baca semula petikan artikel itu satu persatu dan baca sampai habis.

“Jangan baca sikit-sikit dan mula buat kesimpulan masing-masing,” ujarnya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian