Kerjasama LKTN-ISMA Kelantan lancarkan saluran bantuan


BANGI, 31 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Yayasan Ikhlas telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

YDP ISMA Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir, kerjasama ini terjalin apabila hajat ISMA untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir disambut oleh Pengarah Khidmat Pengurusan LKTN, Hj Ismail Omar melalui satu perbualan telefon.

“Kebetulan LKTN memang membuka pusat pengumpulan barang untuk mangsa banjir di beberapa buah negeri termasuk di Kelantan sebagai aktiviti sosial mereka.

“Jadi Haji Ismail terus membenarkan kami menggunakan dewan besar sebagai tempat stok barang dan kereta pacuan empat roda milik LKTN, pemandu dan minyak.

“Selain itu LKTN juga menyediakan sebuah lori tambahan apabila barang bantuan dari Yayasan Ikhlas tiba di sini,” ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, sejak semalam barang-barang telah diagihkan ke Manek Urai lama dengan menggunakan sebuah lori dan 7 buah pacuan empat roda milik LKTN.

Turut serta dalam misi itu ialah Ketua Pengarah, Shamsuddin Noor, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Koperasi, Hj Hussin Abdullah.

Antara lain ialah beberapa orang sukarelawan dari ISMA dan Yayasan Ikhlas.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?