KLS Kuala Terengganu dan Dungun dapat sambutan hangat


KUALA TERENGGANU, 10 Jan - Karnival Lepasan Sekolah (KLS) gabungan cawangan Kuala Terengganu dan Dungun mendapat sambutan hangat peserta pada hari ini.

Karnival satu hari yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini berjaya menarik seramai 222 orang peserta sekitar daerah tersebut.

" Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar lepasan SPM seperti saya kerana nampak dengan lebih jelas laluan-laluan yang boleh dipilih atau dilakukan untuk mencapai cita-cita saya. Ia sangat berkesan dan bagus kerana diterangkan sendiri oleh pakar-pakar dalam setiap bidang tersebut. Jadi, program KLS ini patut dihadiri oleh pelajar lepasan SPM", ujar Saudara Zain Zaidi Zaidan, peserta KLS.

"Saya rasa sangat bertuah berada dalam KLS ini kerana banyak pencerahan tentang halatuju selepas SPM, biasiswa-biasiswa yang ada, senarai universiti serta kos-kos yang disediakan. Di samping itu, dengan bayaran yang berpatutan sememangnya tidak rugi saya hadir di sini", demikian testimoni Saudari Zainab Nurwira, peserta dari SMKA Sheikh Abdul Malek.

Program yang menampilkan beberapa figura seperti Dr. Nujaimin Udin iaitu pakar Neurologi, Ir. Mursyidi Mohammad iaitu Pengurus IPetrol Sdn.Bhd dan Saudara M.Nor Bakri Shafe, Jurulatih dan Pengarah Urusan Caliphs Mind Training and Consultancy ini adalah kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM)dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Semoga KLS ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang kepada peserta untuk menentukan halatuju hidup mereka selepas sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?