KLS Melaka ajak remaja rancang masa depan
MELAKA, 19 Jan – “Anda adalah orang yang hebat kerana meluangkan masa untuk berfikir tentang masa depan anda,” Abdul Razak bin Kassim, Pengarah Program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2015 cawangan Melaka semasa ucapan penutupnya semalam.
Karnival sehari anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang berlangsung di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil itu telah dihadiri pelajar lepasan sekolah dari sekitar Melaka.
Selain penerangan tentang kehidupan dan cabaran di universiti, peserta turut didedahkan berkenaan biasiswa, tips temuduga dan informasi kerjaya.
Rata-rata peserta berpuas hati kerana berpeluang bertemu tokoh-tokoh yang hebat antaranya, kaunselor cemerlang, Roslina binti Abdul Wahab, Pengerusi PEMBINA Melaka yang juga seorang penolong pengurus, Nurul Aizam bin Zaini. Turut hadir penerima Anugerah Dekan tiga kali berturut-turut, Universiti Multimedia Melaka, Amirah Asri dan penerima Anugerah Pro Canselor 2013, Universiti Teknologi Malaysia, Afiqah Hamzah.
“Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan saya dapat banyak input baru tentang halatuju selepas SPM. Saya sudah nampak apa yang sebenarnya saya ingin ceburi dalam karier.
“Diharapkan karnival ini dapat diteruskan agar pelajar-pelajar seperti saya yang baru sahaja menghabiskan sesi persekolahan lebih terdedah dengan kerjaya yang diminati,” ujar Luqman Hakim bin Zainudin, lepasan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar.
Nafisah Hamidon
Wartawan ISMAweb
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan