Muslimah & K-Pop, di manakah silapnya?


Malaysia digemparkan dengan isu remaja bertudung dipeluk dan dicium oleh artis K-pop di atas pentas. Saya menulis bukan atas dasar untuk menjatuhkan hukuman pada mereka, jauh sekali untuk mengaibkan remaja bertudung tersebut. Tetapi saya menulis di sini atas dasar untuk menyedarkan dan membuka mata hati remaja di luar sana khususnya muslimah untuk sama-sama duduk berfikir dan melihat sejauh mana hiburan berlebihan boleh menjerumuskan manusia ke arah perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Seperti yang sedia maklum, kejadian berlaku kerana sikap fanatik remaja tersebut terhadap artis k-pop. Menjerit, melompat, dan melakukan aksi-aksi tidak sepatutnya di atas pentas, satu persoalan ingin saya timbulkan, dimanakah sifat malu mereka sebagai muslimah bertudung yang membawa imej besar sebagai wanita Islam?

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Hilangnya sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup merupakan satu kesilapan besar . Maruah diri sebagai wanita muslimah seolah-olah dipijak dan dirobek rakus di atas pentas yang menjadi saksi pada malam itu. Kesannya kita boleh lihat bagaimana kritikan dan cemuhan terhadap mereka daripada masyarakat di alam nyata mahupun maya.

Untuk remaja di luar sana, peliharalah sifat malu dalam dirimu. Pertahankanlah maruah dirimu yang berharga. Jangan biarkan ia sekali-kali dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Mantapkan keimanan dalam dirimu dan jauhkanlah daripada perkara-perkara yang melalaikan kerana  Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan yang sangat tinggi.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Al- A’raaf , 26 .

“mudah- mudahan mereka selalu beringat “

Mari sama-sama kita fahami konteks ayat ini .

Pada siapa untuk kita tuding jari bagi kesalahan yang mereka lakukan? Ibu bapa di rumah? Rakan sebaya? Guru di sekolah? Jiran sebelah rumah? Hakikatnya apa yang berlaku pada mereka merupakan satu indikator untuk semua refleks diri. Runtuhnya akhlak remaja pada hari ini kerana beberapa faktor yang gagal dimainkan peranan sebaiknya oleh setiap dari kita.

Saya di sini menyeru agar kita semua memandang hal ini secara serius. Terapkan ajaran Islam yang sebenar pada generasi remaja baik dari rumah, sekolah, kolej-kolej persediaan dan sebagainya. Hanya dengan ajaran Islam yang benar akan melahirkan pemuda pemudi yang mampu bebas dari berterusan tunduk dengan hawa nafsu dan anasir-anasir jahat yang semakin menular pada masa kini.

Muliamu Wanita Kerana Islam.

Membangun Umat Beragenda


Siti Zunaini Binti Daud, 
Doktor Pelatih ,
SDM College Of Dental Sciences , Dharwad , India 
Timbalan Exco Media ISMA India 2015

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?