Muslimah Uighur dilarang memakai purdah


XINJIANG, 13 Jan – Umat Islam khususnya kaum wanita di Turkestan Timur (barat laut Xinjiang Wilayah Autonomi Uighur China) telah diharamkan untuk memakai purdah di tempat-tempat awam.

Perkara itu diputuskan Ibukota Wilayah Urumqi Xinjiang dan keputusan tersebut ditandatangani badan perundangan wilayah itu Sabtu lalu.

Memetik laporan Word Bulletin, Agensi berita Xinhua rasmi negara itu menyifatkan undang-undang tersebut adalah sebagai satu usaha untuk membanteras ekstremis dan pelampau agama yang semakin meningkat yang memaksa wanita Uigur untuk meninggalkan pakaian tradisional berwarna-warni mereka dan memakai purdah hitam.

Agensi berita itu turut memaklumkan bahawa purdah juga telah diharamkan di Perancis dan Belgium dengan alasan pemakaian tersebut bukan pakaian di sebuah negara Islam.

Perkara seperti ini pernah berlaku pada bulan Julai 2014 apabila kerajaan China telah mengeluarkan amaran kepada kakitangan dan pelajar untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

Selain itu, kaum lelaki juga disekat daripada mempunyai janggut yang panjang, menghadkan aktiviti keagamaan di samping bertindak mengawal pintu masuk dan keluar di masjid-masjid.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?