NAZIM Kuching komited jadi sebuah Institusi Pendidikan Kanak-Kanak


KUCHING, 12 Jan – Dalam mendokong objektif untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Kanak-Kanak, Kelab Anak-Anak Hebat Malaysia atau juga dikenali sebagai Kelab Nadi Al-Azim (NAZIM) Cawangan Kuching, satu program pembelajaran Al-Quran secara percuma telah diadakan sepanjang Disember tahun lalu.

Program dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Al-Kauthar, Taman Puteri itu bertujuan untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat.

“Teknik pembelajaran dengan menggunakan konsep satu kepada satu memberi pendedahan yang berkesan kepada peserta tentang pembacaan yang betul. Kekuatan dan kelemahan seseorang peserta dapat diukur melalui pencapaian peserta dari semasa ke semasa,” ujar Pengerusi  (NAZIM) Cawangan Kuching, Cik Nur Asyqin Nawi.

Dalam satu program yang berasingan pula, NAZIM Cawangan Kuching turut mengadakan program “Fight Back to School” dalam mengukuhkan lagi usaha ke arah menjadi Institusi Pendidikan Kanak-Kanak yang di kenali.

Program yang bertunjangkan objektif untuk mempersiapkan anak-anak dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki sesi persekolahan yang baru itu, diselitkan dengan aktiviti seperti sesi membina azam baru persekolahan, membaca dan menghafal Al-Quran serta praktikal solat sunat dhuha.

Tambah Nur Asyqin Nawi lagi, ibu bapa seharusnya peka dengan pembelajaran anak – anak bukan sahaja dari segi akademik malah pemantapan aspek rohani perlu dipandang serius untuk melahirkan generasi Islam yang berkualiti.

Program “Fight Back to School” menjadi program penutup anjuran NAZIM Kuching untuk tahun 2014.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?