New South China idea lama, tanda cauvinisme menebal – Luqman Abdul Hamid


Pada 14 Januari lalu sekumpulan anak muda membuat laporan polis terhadap tindakan seorang lelaki yang menulis di laman facebook untuk menukar nama Malaysia kepada New South China. Tindakan seperti ini sudah pasti meresahkan orang Melayu kerana idea menggabungkan Tanah Melayu dengan Tanah Besar China persis agenda komunis yang telah lama padam.

Menerusi catatan Aloysius Chin di dalam The Communist Party of Malaya The Inside Story, kita mengetahui bahawa hajat komunis di Tanah Melayu adalah untuk menjadikannya jajahan ke-20 Republik Rakyat China Komunis. Begitu juga jika kita menelusuri dokumen kongres Parti Komunis Malaya yang ketiga, jelas bertujuan untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai orde komunis dunia yang bernaung di bawah Rusia dan China. Jika sejarah tidak boleh dijadikan rujukan, adakah kelakuan seperti ini merujuk kepada sikap golongan kiri?

Jika dilihat pasca PRU 13, tanda-tanda cauvinisme di kalangan golongan kiri semakin menebal. Contohnya sekumpulan anak muda kita dengan mudah mencemar Jalur Gemilang kebanggaan negara dengan menterbalikkannya sebagai simbol protes terhadap kekalahan Pakatan Rakyat di PRU13. Sesuatu yang tidak kelihatan pada anak muda negara lain.


Sebelum itu sekitar tahun 2007, negara digegarkan dengan nama Namewee atau Wee Meng Chee dengan tindakannya menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh penghinaan kepada negara. Namewee tidak beradab dengan menjadikan lagu kebangsaan, alat perpaduan negara sebagai lagu rap yang diselangi lirik berbentuk penghinaan ke atas umat Islam seperti mengatakan suara azan adalah ayam yang berkokok di waktu Subuh. Peristiwa ini disifatkan oleh tokoh sejarawan, Profesor Emiritus Khoo Kay Kim sebagai kelakuan yang tidak waras kerana sanggup menghina lagu Negaraku.

Jika kelakuan Namewee telah merunsingkan kita, Alvin dan Vivian sudah pasti meninggal kesan yang lebih buruk pada nama negara dengan mempromosi gaya seks bebas yang jauh sama sekali menjadi kebudayaan orang timur. Malang bagi mereka, setelah berhempas pulas melakukan perbuatan jijik bersama, Vivian ditinggalkan seperti sampah yang tidak berguna manakala Alvin tidak mungkin diterima kembali ke Malaysia kerana negara tidak memerlukan lelaki sepertinya.

Hakikatnya kesemua itu adalah peristiwa gelap yang dilakukan rakyat biasa. Bagaimana pula jika ia terjadi kepada DAP – parti yang konon akan membawa negara ke hadapan – menunjukkan sikap yang lebih kurang sama dengan menyertai revolusi di Taiwan.

Hew Kuan Yau yang merupakan anggota kanan pemuda DAP tanpa berselindung berjuang bersama rakyat Taiwan untuk menggulingkan kerajaan negara itu. Sedangkan ketika itu negara berhempas pulas mempertahankan Sabah daripada serangan puak pemisah yang mencucuk dari segenap segi, Hew Kuan Yau pula menjerit melolong di Taiwan meninggalkan negara. Menjadi tanda tanya adakah DAP mempunyai perancangan tertentu bersama pihak antarabangsa mencatur keadaan geopolitik di rantau Asia?


Sarjana bidang kenegaraan seperti Bar Tal dan Staub menyatakan bahawa persepsi manusia terhadap identiti nasional akan terlihat pada sifat identiti diri. Maka menjadi tanda tanya, apakah identiti nasional orang Cina seperti ini? Mungkin ia persoalan yang sukar dijawab kerana banyak contoh civil disobedient yang ditonjolkan sebahagian mereka.


Luqman Abd Hamid 
Pengkaji Politik Cina

Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian rasmi ISMA mahupun ISMAweb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian