Patut benar Eric Paulsen diambil tindakan


BANGI, 12 Jan – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen yang membuat tuduhan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini memang sepatutnya diambil tindakan.

Bercakap kepada ISMAweb, Naib Presiden 1 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyifatkan pandangan Eric adalah satu bentuk provokasi murahan yang akan memakan dirinya sendiri.

“Eric menampakkan dirinya yang amat membenci Islam dan orang Islam.

“Selain daripada kritikannya terhadap JAKIM, secara konsisten beliau juga mengkritik secara tidak beradab golongan ulamak, ustaz-ustaz, badan-badan dan pertubuhan Islam serta golongan mufti.

“Sebab itu saya katakan, Eric patut benar dikenakan tindakan,” katanya.

Dua hari lalu, Eric mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Twitternya dengan menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Kata Ustaz Fauzi, Eric perlu ingat bahawa beliau duduk di Malaysia, sebuah negara Islam dan negara umat Islam berdasarkan sejarah dan realiti semasanya.

“Jadi beliau perlu belajar membiasakan diri dengan perlembagaan Malaysia, badan-badan pentadbirannya, budaya dan segala sistemnya.

“Maka, beliau tidak perlu bersusah payah untuk mengubah status negara ini kerana majoriti tidak akan menerimanya,” ujarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian