Penduduk tidak setuju kuil di Putrajaya


PUTRAJAYA, 20 Jan – Rata-rata penduduk berdekatan Presint 20 Putrajaya yang ditemui tidak bersetuju dengan pembinaan sebuah kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi.

Wartawan ISMAweb meninjau tapak projek dan menemui penduduk setempat untuk mendapatkan pandangan mereka.

Ros, 48, berpendapat bahawa pembinaan kuil tersebut kurang sesuai kerana kedudukannya berdekatan dengan surau di kawasan perumahan mereka.

“Kalau boleh kita memang tak nak sebab dekat sini kampung kita, surau dekat bawah, kalau dia buat kuil kat atas tu. kita jadi dekat sangatlah. kalau ikutkan kita tak nak, harap-harap pihak atasan ambik kiralah benda ni,” katanya.

Nik Aziz, 30, pula berkata pihak terbabit sepatutnya memaklumkan dan mendapatkan persetujuan penduduk setempat terlebih dahulu.

“Tak setuju la benda ni sebab saya sendiri tak tahu tentang perkara ni. Memang tak pernah dengar,” katanya.

Noriah Osman, 70, berkata keperluan pembinaan sesuatu rumah ibadat bergantung kepada komposisi masyarakat setempat.

“Saya pun memang tak suka dia buat kuil kat situ. Sini semua kampung kita (Melayu) tak ada India. Nak buat kuil dekat tempat lain la. Kenapa buat tempat kita dekat sini. Kalau sini azan, sana ada kuil, macam mana? Tapi kita tak boleh nak bersuaralah kan. Kita siapalah kat sini. Kita rakyat biasa. Bukan kita yang berkuasa,” katanya.

Begitu juga dengan, Mohd Nor, 37, ujar beliau, pemasangan musik-musik kuil terutamanya pada waktu azan Maghrib bakal menganggu penduduk setempat untuk beribadat.

“Memang tak setujulah sebab dia kat bawah ini dah ada surau. Kalau biasanya kuil ini, biasa petang-petang kita Maghrib kita azan. Kebanyakannya dekat sini semua penduduk Melayu,” katanya.

Ujar Mohd Arif, 52 beliau membantah terhadap pembinaan kuil tersebut.

“Memang kita bantahlah. Tak setujulah sebab kuil India. Memang tak perlu ada dekat kawasan orang Melayu. Tapi sebab kita kat sini kawasan Sepang, sana tu Putrajaya. Nak bantah pun dengan siapa?” katanya.

Dalam satu kenyataan media bertarikh 8 Januari yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Wilayah Persekutuan, pembinaan kuil itu adalah untuk menggantikan 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?