Remaja Islam perlu letakkan diri dalam suasana Islam
SKUDAI, 19 Jan – “Cinta majlis ilmu dan sentiasa berusaha untuk meletakkan diri dalam biah (suasana) Islam adalah dua perkara penting yang perlu diterapkan oleh remaja Islam hari ini.
“Remaja perlu bijak menyusun masa hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat,” ujar aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor, Haizul Samsuddin semasa program ‘Relax Al-Quran Santai Tarbawi’ (REST) anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Johor kelmarin.
Tambahnya, menyertai aktiviti-aktiviti kelab atau persatuan Islam seperti yang dianjurkan KRIM, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) atau persatuan-persatuan Islam yang lain merupakan suatu pilihan yang bijak.
Program REST dimulakan dengan qiamullai pada malam sebelumnya dan diikuti dengan sukan liga futsal serta barbeque.
REST merupakan salah satu pakej X-Spirit dan X-Treme kelolaan KRIM yang memfokuskan pembentukan remaja yang cintakan ilmu dan pada masa yang sama tidak meninggalkan aktiviti sukan
Hal ini bagi bagi membentuk jati diri remaja Muslim yang seimbang dunia dan akhirat.
Mohd Shafiq Azmi
Wartawan ISMAweb
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan