KIMMA tempelak NGO India

Oleh: Siti Fatimah Ishak


BANGI, 14 Feb – Tindakan Gabungan NGO India yang membantah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Tamil dilihat seperti berfikiran cetek serta kurang rasional.

Naib Presiden Kongres Indian Muslim (KIMMA), Amir Hamzah berkata, bahasa tidak boleh menjadi hak eksklusif sesebuah bangsa.

“Agama hindu sendiri mempunyai kitab agamanya Veeda dalam bahasa sanskrit yang ada juga diterjemah dalam bahasa-bahasa lain.

“Jadi bantahan mereka mengatakan terjemahan al-Quran dalam bahasa Tamil boleh memberikan kesan buruk adalah sangat tidak wajar,” tegasnya.

Hari ini sebuah Gabungan NGO India telah membantah terjemahan al-Quran dalam bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu untuk diedarkan kepada orang ramai kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada orang bukan Islam di negara ini.

Ujar Amir Hamzah, sebenarnya menterjemah al-Quran dalam bahasa Tamil sudah pun wujud sejak ratusan tahun dahulu.

“Malah, kedatangan Islam ke Malaysia turut membawa bersama ribuan kitab yang ditulis dalam bahasa Tamil.

“Bahkan Islam sendiri tidak pernah mengajar penganutnya menghina atau merendahkan agama lain.

“Islam juga tidak pernah menghalang agama lain dari mencetak kitab-kitab mereka dalam bahasa lain.

“Untuk itu, hentikan segera perbuatan membantah ini untuk mengelakkan wujudnya ketegangan kaum dan agama di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian