‘Agenda DAP beri tekanan kepada ahli PAS tolak Hadi’

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 24 Mac – Pemimpin kanan PAS hari ini menyifatkan tindakan DAP untuk memutuskan sebarang bentuk hubungan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah satu bentuk tekanan supaya ahli PAS menolak Abdul Hadi pada muktamar parti itu nanti.

Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata:

“Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan.

“Tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS.”

Jawatankuasa Pusat DAP malam tadi membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Abdul Hadi. Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Daripada suruh orang keluar, baik DAP sendiri keluar, itu lagi senang. Kita dah buat pendirian tak akan tinggalkan Pakatan.

“Enakmen hudud tak boleh dijadikan alasan Pakatan berpecah kerana ia bukan undang-undang yang zalim. Kalau DAP kata ini punca perpecahan, itu salah DAP, kata Nik Abduh.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menganggap keputusan DAP itu sesuatu yang janggal kerana parti itu tidak boleh memutuskan hubungan dengan Presiden mereka sahaja.

Beliau berkata, Presiden mewakili parti dan kami akan mendukung kepemimpinan presiden.

“Apa-apa yang berlaku pada presiden bermakna berlaku pada PAS,” tegasnya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, hubungan dalam politik termasuk dalam pakatan rakyat, ialah antara parti dengan parti, bukannya antara parti dengan mana-mana pemimpin parti.

“Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi sebagai kebudak-budakan dan tidak matang,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian