Dakwah ISMA bukan hanya ‘Like’ dan ‘Share’


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Naib Yang Dipertua ISMA Seberang Perai Utara (SPU), Prof Madya Dr Mohamad Zaki Ibrahim menyeru ahli ISMA supaya bersungguh-sungguh dalam berdakwah di jalanan dan di luar kota, bukan hanya di media sosial sahaja.

“Dakwah kita bukan hanya ‘Like’ dan ‘Share’ di Facebook, tetapi dakwah sebenar ialah dengan turun padang dan mengesani masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, turun padang ke dalam masyarakat ialah kaedah terbaik dalam menyalurkan agenda dakwah ISMA selain menggarap ahli-ahli baru dan para penyokong ISMA.

Dr Mohamad Zaki berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Mesyuarat Agung ISMA kali ke-14 di Auditorium Angkasa di sini, hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyeru seluruh ahli ISMA agar komited mengisi kerangka amal yang telah dirancang setelah sekian lama.

“Kita telah anjurkan pelbagai konvensyen, simposium, seminar pemikiran dan sebagainya.

“Inilah masanya untuk kita mendefinisikan pelbagai resolusi yang telah digarap kepada amal yang terus mengesani masyarakat,” ujar beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian