Hanya buku nota kosong kena GST


JOHOR BHARU, 28 Mac – Kerajaan mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas semua jenis buku, kecuali buku nota kosong, mulai Rabu ini.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Kastam Diraja Malaysia bagi menggalakkan minat membaca di kalangan orang ramai.

“Semua buku seperti novel, buku sejarah, buku agama, buku memasak dan sebagainya tidak dikenakan GST.

“Tetapi catatan atau buku yang tidak mempunyai sebarang tulisan, akan dikenakan GST kerana dianggap sebagai alat tulis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perlumbaan Power Boat F3000, di Danga Bay di sini sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor.

Beliau berkata, akhbar digital tidak dikenakan GST, tetapi buku digital dikenakan cukai berkenaan.

“Keputusan ini membolehkan industri penerbitan yang kini menghadapi pelbagai jenis cabaran, akan terus stabil dan berkembang maju.

“Sekarang, industri ini menghadapi masalah ekoran kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat selain cabaran buku digital,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian