Ketegasan ISMA pertahan Islam, Melayu punca serangan media liberal


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Pendirian ISMA yang tegas untuk mempertahankan identiti keislaman masyarakat dan negara serta kedudukan Malaysia sebagai tanah kedaulatan bangsa Melayu menjadi punca serangan bertali arus media-media liberal dan pro Barat.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,berkata hakikat ini dapat difahami dengan mudah jika kita faham matlamat serta siapa di belakang media-media liberal itu.

“Dengan sedikit penelitian kita dapat mengetahui kebanyakan media-media atas talian yang ‘membadmintonkan’ ISMA adalah sama ada ditaja agensi-agensi luar negara atau taikun-taikun yang berpengaruh dalam mencatur politik negara.

“Kesedaran mengenai bahaya agenda media liberal ini mendorong kita untuk mengkaji dengan lebih mendalam peranan mereka dalam komplot yang besar terhadap Islam dan Melayu di negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Mesyuarat Agung ISMA ke-14 di sini, hari ini.

Ucapan dasar beliau dibacakan oleh Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya.

Ustaz Abdullah Zaik menyifatkan taktik media-media liberal terhadap ISMA seperti permainan badminton, dengan mengangkat visibility ISMA kemudian mereka jatuhkan dengan label-label palsu untuk memusnahkan kredibiliti ISMA di hadapan pandangan umum.

Beliau menegaskan perkara ini sekali-kali tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli ISMA untuk terus memartabatkan agenda perjuangan Islam.

“Bila matlamat sudah jelas, segala rintangan akan menjadi mudah.

“Sejarah telah menunjukkan keutuhan, kesatuan, kekentalan, dan disiplin yang tinggi sebagai tonggak utama kejayaan. Pertahankanlah aset kekuatan yang kita miliki ini pada setiap masa,” ujarnya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?