Masjid Nabawi boleh muat 1.6 juta jemaah


MADINAH, 24 Mac – Lebih 5,000 pekerja, jurutera dan juruteknik bekerja 24 jam bagi menyiapkan projek pembesaran Masjid Nabawi di sini, kata Pengarah Perhubungan Awam bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Wahid Ali Al-Hattab.

Katanya, apabila siap fasa pertama kelak Masjid Nabawi boleh memuatkan kira-kira 800,000 jemaah dalam satu- satu masa, berbanding 600,000 jemaah pada masa sekarang, termasuk 90,000 yang boleh bersolat di atas bumbung masjid berkenaan.

“Dua lagi fasa membabitkan pembesaran di bahagian timur dan barat Masjid Nabawi akan dilaksanakan kemudian dan Masjid Nabawi mampu menempatkan 1.6 juta jemaah apabila keseluruhan projek itu siap,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Haji (Madinah) Arab Saudi, Mohammed Al Bijawi, berkata kerja merobohkan 10 hotel berhampiran Masjid Nabawi tidak menjejaskan kedatangan umat Islam untuk mengerjakan umrah.

“Kira-kira 95 peratus kerja merobohkan hotel terbabit sudah selesai. 10 hotel di bahagian timur masjid serta beberapa buah rumah sudah dirobohkan bagi tujuan pembesaran Masjid Nabawi,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan bersepadu kepada jemaah umrah dari seluruh dunia akan diteruskan sehingga selepas Ramadan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian