Media pro Barat tak mampu lemahkan semangat ahli ISMA


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – “Usaha media liberal dan pro Barat dalam melemahkan semangat ahli ISMA tidak akan berjaya.”

Demikian ditegaskan oleh Cikgu Asmadi Abd Samad mewakili Yang Dipertua serta ahli-ahli ISMA Zon Tengah ketika membahas ucapan dasar Presiden ISMA pada Mesyuarat Agung Perwakilan ISMA Kali Ke-14, di sini, hari ini.

“Selama ini kita melihat bagaimana ISMA di’badminton’kan dan kita nak bagi tahu kepada media-media pro Barat, ‘smash’ lah sebanyak mana yang anda ingin ‘smash’, tetapi ahli-ahli ISMA akan tetap mengangkat bola badminton itu berkali-kali. Kita tak akan biarkan bola itu rosakkan gelanggang kita,” katanya.

Dalam usaha untuk mengarusperdanakan agenda dakwah, katanya, kita tidak akan dapat lari daripada cabaran sama ada daripada dalaman jemaah itu sendiri mahupun daripada masyarakat sekeliling.

“Beberapa cabaran besar yang akan kita tempuhi dalam usaha kita untuk mengarusperdanakan agenda dakwah. Cabaran dari sudut dalaman jemaah itu sendiri dan juga cabaran dari luar,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pengarah Kelab Remaja KRIM ISMA turut menyeru agar memperkasakan peranan i-Guru dalam menyampaikan dakwah yang lebih dekat kepada masyarakat.

“Kita mempunyai i-Guru dan Kelab Remaja ISMA. Dua agensi ini perlu diperkasakan terutama Kelab Remaja ISMA sebab mereka ini yang akan menyahut seruan kita untuk masa hadapan,” katanya.

Cikgu Asmadi turut menegaskan bahawa telah sampai masanya di mana kita meyakini bahawa dakwah ISMA mesti terus menunjang ke dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian