Rakyat Malaysia di Yaman akan dibawa keluar


PUTRAJAYA, 28 Mac – Rakyat Malaysia di Yaman yang terperangkap berikutan serangan udara oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Arab Saudi akan dipindahkan dengan secepat mungkin, kata Kementerian Luar hari ini.

Menurut kenyataan kementerian itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pertahanan bersama Kedutaan Malaysia di Sana’a kini bekerjasama rapat untuk menyelaraskan tindakan serta terus memantau situasi di negara itu.

“Oleh kerana situasi di Yaman masih bergolak, kementerian ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya mengelak atau menangguhkan semua perjalanan yang tidak perlu ke Yaman,” kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia di Yaman dinasihatkan supaya mendaftar dengan Kedutaan Malaysia yang terletak di Iran Street, Hadda.

Orang ramai boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4300, 8887 4265 semasa waktu pejabat dan di talian 03-8887 4570 untuk maklumat lanjut dan terkini berhubung dengan perkembangan di Yaman.

Media melaporkan bahawa tentera bersekutu yang diterajui oleh Arab Saudi telah melancarkan serangan udara ke atas kedudukan puak pemberontak Houthi di ibu negara Yaman itu ketika perang saudara di negara Teluk yang strategik itu mengancam untuk merebak menjadi peperangan serantau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?