Jati diri muslim sejati benteng zina


PADANG MIDIN, 22 April - "Binalah jati diri sebagai seorang muslim sejati sebagai asas untuk menjauhkan diri daripada zina dan segala bentuk maksiat yang lain", demikian ujar Dr. Ihsanuddin Abas, wakil Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini.

Tambah beliau lagi, para remaja juga perlu jelas tentang tugas dan tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini agar tidak mudah terpesong dengan perkara-perkara negatif yang dilarang agama seperti zina.

Beliau berkata demikian dalam program 'Say No To Zina' yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin. Program ini turut disampaikan oleh dua lagi panel jemputan iaitu Dr. Sharifah Razlina Tuan Muda; Doktor Klinik Famili dan Dr. Muna Hamiza Asiff iaitu Pensyarah Fakulti Perubatan Pelatih UniSZA yang juga wakil dari i-Medik.

Lebih 500 orang pelajar tingkatan satu dan empat terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahaya zina dan kesannya kepada kesihatan, agama dan masyarakat di samping mendidik pelajar untuk membenci perbuatan tersebut.

Program yang dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) ini disasarkan kepada pelajar sekolah menengah sebagai satu usaha untuk membendung masalah yang berkaitan dengan zina dalam masyarakat. Mana-mana sekolah yang berminat untuk menjalankan program ini di sekolah masing-masing boleh hubungi wakil KRIM di talian 019-2548666 (Ramadhan) atau 013-4157915 (Norafiza) atau menerusi laman Facebook KRIM KT iaitu fb.com/KRIMKT.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian