Penulis blog didakwa hina Rasulullah dibunuh

Dua suspek ditahan berikutan pembunuhan penulis blog Bangladesh, Washiqur Rahman Babu di Dhaka, semalam.

DHAKA, 31 Mac – Seorang lagi penulis blog Bangladesh dibunuh selepas didakwa tidak menghormati agama Islam dengan menghina Nabi Muhammad SAW.

Washiqur Rahman Babu, 26, yang menjadi penulis blog kedua dalam tempoh sebulan dibunuh, meninggal dunia di sebuah hospital di sini selepas diserang tiga lelaki bersenjata, kata pegawai polis Biplob Kumar Sarker.

“Berikutan itu, polis menahan dua pelajar sebuah madrasah serta merampas tiga bilah pisau pemotong daging. Seorang lagi suspek melarikan diri,” katanya.

Seorang suspek memberitahu wartawan, mereka menyerang Washiqur Rahman kerana penulis blog itu tidak menghormati Islam dengan menghina Nabi Muhammad.

“Saya menikamnya kerana dia menghina Nabi saya,” kata Jikrullah, 20, pelajar Madrasah Hathajari di tenggara wilayah Chittagong.

Jikrullah memberitahu dia datang dari Chittagong dan bermalam di sebuah masjid untuk menyerang Washiqur.

Seorang lagi suspek yang ditangkap, Ariful Islam, 20, adalah pelajar sebuah sekolah agama di kawasan Dhaka Mirpur.

Pembunuhan Washiqur adalah yang kedua di bandar ini membabitkan penulis blog yang dikatakan menentang ekstremis agama. Sebelum ini, penulis blog warga Amerika, Avijit Roy dibunuh selepas dikatakan mengkritik kumpulan radikal Islam di negara itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?