11 rakyat Malaysia sertai IS terbunuh
KOTA BHARU, Isnin – Sebelas rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan IS di Syria dan Iraq terbunuh, termasuk enam daripadanya yang menjadi pengebom bunuh diri.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, berkata semeua yang terbunuh itu sudah dikenal pasti.
“Sebelas orang berdasarkan yang kita sudah sahkan, tetapi kita tidak dapat bawa balik jenazah sebab mereka berada di Syria. Sesetengahnya terlibat dalam pengeboman.
“Setakat yang kita tahu, semua yang terlibat adalah lelaki, tiada perempuan,” kata kepada pemberita selepas majlis Multaqa Iman guru takmir, KAFA dan jawatankuasa masjid mukim negeri Kelantan di sini, hari ini.
Sebelum ini, pihaknya memaklumkan sejumlah hampir 80 rakyat Malaysia menyertai militan IS dan kini berada di Syria.
Ada antara mereka yang cuba untuk pulang ke Malaysia berdasarkan risikan dan menerusi maklumat keluarga mereka di sini.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan