1MDB: Laporan Moody’s kata GLC lain tiada masalah
Oleh Azri El
BANGI, Rabu – Masalah hutang yang dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mencerminkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain juga bermasalah, kata Moody’s Investors Service.
Naib Presiden Moody’s, Rahul Ghosh berkata, ada GLC selain 1MDB yang masih mencatat keuntungan walaupun terus membayar hutang.
Melalui laporan “Malaysia: Most Rated Entities Will Withstand External and Domestic Challenges”, Rahul turut menjangkakan, syarikat korporat dan institusi kewangan lain mampu bertahan mengharungi cabaran luar dan domestik dengan ekonomi terus berkembang pada tahap sederhana.
“Halangan yang dihadapi ekonomi Malaysia (A3 positif) termasuk harga komoditi yang rendah, nilai mata wang yang lemah serta risiko liabiliti.
“Kami menjangkakan Malaysia akan terus berdaya tahan dalam ekonomi makro, iaitu sederhana, namun masih mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang positif, kadar inflasi yang rendah dan mengekalkan lebihan akaun semasa walaupun persekitaran luar yang mencabar serta penggunaan domestik yang perlahan,” katanya.
Laporan itu juga menyebut ekonomi Malaysia dijangka menghadapi“soft landing” dengan pertumbuhan berkurangan kepada 4.8 peratus pada 2015 berbanding 6 peratus pada tahun lepas.
Bagaimanapun katanya, resiko luar masih wujud seperti harga komoditi yang rendah, kelemahan mata wang dan liabiliti luar jangka.
Kejatuhan harga minyak mentah telah menyumbang kepada kemerosotan nilai ringgit lebih daripada 11 peratus berbanding dolar AS pada tahun lepas.
Menurut laporan itu lagi, sekiranya harga minyak meningkat dan ketara tertekan sepanjang tahun 2015 dan 2016, Malaysia bakal berdepan fisikal berkembar dengan defisit akaun semasa dan pengaliran keluar modal.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan