1MDB nafi AS$1 bilion untuk pinjaman

1MDB-IPIC-aabar
BANGI, Ahad – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan pihaknya menerima bayaran AS$1 bilion bagi tujuan pinjaman daripada firma milik kerajaan Abu Dhabi Abu Dhabi International Petroleum Investment (IPIC).

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata wang tersebut merupakan urus niaga antara dua syarikat tersebut, ia tidak menambahkan hutang 1MDB.

“Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion dari IPIC Abu Dhabi adalah pinjaman, ataupun akan membawa hutang lagi kepada 1MDB adalah tidak benar.

“Ini merupakan satu urus niaga, bukan pinjaman, bukan sebarang hutang dan bukan bailout.

“Ia merupakan sebahagian bayaran awal daripada perjanjian luas menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB, dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini berhubung pembayaran AS$1 bilion yang akan diterima 1MDB pada atau sebelum 4 Jun ini.

Dalam kenyataan tersebut, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata 1MDB akan menerima bayaran AS$1 bilion selepas membuat perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

“Perjanjian ini adalah satu langkah signifikan bagi mengurangkan keseluruhan paras hutang 1MDB.

“Ia juga menjadi bahagian penting pelan rasionalisasi yang saya kemukakan kepada Kabinet hari ini yang kita jangka dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang awal tahun depan,” katanya.

Bagaimanapun menurut Aruk Kanda, pihaknya bimbang dengan dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa pembayaran AS$1 bilion itu adalah pinjaman yang menyebabkan 1MDB menanggung hutang tambahan.

Untuk rekod, IPIC ditubuhkan oleh kerajaan Abu Dhabi pada 1984 untuk melabur dalam bidang tenaga dan sektor lain di seluruh dunia. IPIC memiliki saham sebanyak 98.253 peratus dalam Aabar yang juga sebuah syarikat pelaburan beribu pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Aabar pula memiliki 21.6 peratus saham dalam RHB Capital iaitu syarikat induk kepada RHB Banking Group, kumpulan syarikat kewangan kelima terbesar di Malaysia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?