2 ditembak mati serang pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad

4-5-15_US-Muslims-Deplore-Garland-Shooting

DALLAS, 4 Mei – Dua lelaki menyerang dan melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan ketika kumpulan anti-Islam mengadakan pertandingan lukisan kartun Nabi Muhammad SAW di sebuah dewan di pinggir Garland, semalam.

Kedua-dua lelaki itu yang salah seorang dikenali sebagai Elton Simpson dari Arizona yang dicari bagi siasatan kes keganasan, bagaimanapun ditembak mati oleh polis Texas.

Serangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di tempat letak kereta dewan tertutup Curtis Culwell di Garland di timur laut Dallas.

pamela geller

Pamela Geller

Pertandingan dan pameran itu yang menyediakan hadiah AS$10,000 kepada sesiapa yang dapat melukis kartun Nabi Muhammad terbaik ditaja oleh blogger yang terkenal dengan sikap anti-Islam, Pamela Geller. 

Pertandingan itu turut dihadiri oleh ahli politik Belanda yang kerap menganjurkan kempen anti-Islam dan disenaraikan oleh Al-Qaeda sebagai orang yang dikehendaki, Geert Wilders. 

Pejuang IS dalam tweet mereka mendakwa “dua saudara kita telah melepaskan tembakan pada pameran Nabi Muhammad SAW di Texas”, kata kumpulan pemerhati berpangkalan di Amerika Syarikat, SITE.

Sementara itu, pemimpin Islam tempatan menolak perbuatan serangan itu sambil menyifatkannya sebagai reaksi terburuk terhadap kempen anti-Islam.

Seorang pemimpin Islam tempatan, Yasir Qadhi, berkata walaupun beliau membantah dan tidak bersimpati kepada Islamofobia serta tindakan Geller menganjurkan pertandingan itu, serangan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya tidak mendoakan kejayaan Geller dan Wilders di dunia ini dan berkeyakinan penuh jika mereka meneruskan perbuatan ini, Allah akan membalas mereka di akhirat,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian