500 warga Rohingya hanyut ke pantai Aceh

file-10-rohingya_2

Pelarian Rohingya dibawa ke pusat tahanan sementara di Aceh, hari ini.

JAKARTA, 10 Mei – Sekurang-kurangnya 500 pelarian Rohingya diselamatkan selepas bot yang membawa mereka hanyut ke pantai Matang Puntong di Wilayah Autonomi Islam Aceh di kepulauan Sumatera, hari ini.

Timbalan Ketua Pertubuhan Pelarian Antarabangsa di sini, Steve Hamilton, berkata sesetengah daripada pelarian itu memerlukan rawatan perubatan.

Beliau berkata, pelarian itu terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak tiba dengan dua buah bot yang masing-masing membawa 430 pelarian, manakala sebuah lagi 70 orang.

“Pasukan bantuan sukarela dikejarkan ke Aceh untuk memberi bantuan. Semua pelarian itu ditempatkan di pusat tahanan sementara,” katanya.

Penduduk Rohingya yang beragama Islam terpaksa melarikan diri selepas menghadapi tekanan dan diskriminasi daripada pemerintah Myanmar.

Serangan ke atas mereka dilakukan puak radikal Buddha sejak tiga tahun lalu mencetuskan salah satu tragedi terbesar selepas Perang Vietnam, menyebabkan kira-kira 100,000 orang melarikan diri.

Walaupun, laluan mereka sebelum ini ialah Thailand, di mana penduduk Rohingya menunggu di dalam kem sementara di dalam hutan dan terpaksa membayar wang tebusan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Malaysia, taktik itu sudah berubah sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Projek Arakan, kumpulan yang memantau pergerakan orang Rohingya, Chris Lewa, berkata dianggarkan kira-kira 8,000 orang Rohingya dan Bangladesh kini berada di atas bot yang berlabuh Selat Melaka.

“Mereka tidak dapat memasuki sama ada di Thailand atau Malaysia kerana pihak berkuasa kedua-dua negara sedang melakukan operasi membanteras pemerdagangan manusia,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?