‘Allahu Akbar’ senjata wanita Palestin pertahan Masjidil Aqsa

Murabiteen

RAMALLAH, 8 Mei – Sekurang-kurangnya 1,100 wanita Palestin sudah ‘mewakafkan diri’ bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis daripada ancaman tentera Zionis Israel.

Bersenjatakan kalimah ‘Allahu Akbar’, kumpulan yang digelar Murabiteen itu mula diwujudkan beberapa minggu lalu selepas Israel melarang lelaki memasuki Masjidil Aqsa.

“Laungan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) adalah satu-satunya senjata yang dimiliki Murabiteen ketika melawan serbuan Israel ke Masjidil Aqsa.

“Israel melarang laungan itu dalam Masjid Al Aqsa yang didakwa mereka boleh menyebabkan kekeliruan,” kata satu sumber.

Berikutan itu, tentera rejim Zionis terpaksa mewujudkan pasukan askar wanita bagi berdepan kumpulan Murabiteen itu.

Askar wanita itu diarah menangkap anggota Murabiteen dalam usaha menutup mulut mereka yang sentiasa melaungkan kalimah “Allahu Akbar” setiap kali tentera rejim terbabit menyerbu masjid ketiga suci bagi umat Islam itu.

Sumber berkata, askar wanita Israel melakukan penyamaran bagi menangkap anggota Murabiteen yang melaungkan kalimah itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?