Angkara 6 MyVi berlumba, tiga beranak tidak bersalah terbunuh

maut-accident
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Dua beradik yang berdiri dalam gambar atas menanti kepulangan ibu bapa tersayang serta adik kecil mereka, malam tadi. Namun kelibat ketiga-tiganya tidak kelihatan hingga ke pagi.
Ini semua angkara enam pemandu Perodua MyVi yang dikatakan dari Familia MiVi Club berlumba di atas Lebuhraya DUKE menghala ke Damansara, tengah malam tadi.
Mengikut laporan, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi enam kereta MyVi itu berlumba di lebuh raya berkenaan sebelum salah sebuah daripadanya melanggar belakang Pajero dinaiki Fairuz Nizam, isteri dan bayi mereka berusia enam bulan.
Akibat pelanggaran itu, Pajero berkenaan berpusing beberapa kali sebelum terbalik dan penumpangnya tercampak keluar.
Fairuz dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri dan bayi mereka meninggal dalam perjalanan ke hospital.
myvi-club
Sebuah kereta MyVi dari Familia Myvi Club yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak, di Lebuhraya DUKE tengah malam tadi.
Mengikut laman web Familia Myvi Club kumpulan mereka menghimpunkan peminat kereta jenis MyVi di seluruh Malaysia. Kelab itu ditubuhkan pertengahan 2014.
“Kami suka enjoy, kami suka berkonvoi, kami suka lakukan aktiviti, kami suka layan corner Genting dan banyak lagi.” Itu kata-kata pengenalan laman web berkenaan.
Dalam nahas tragis itu, seorang pelumba dikatakan berjaya ditahan, manakala yang lain melarikan diri.
Sementara itu, gambar kenangan keluarga berkenaan mula menjadi viral dalam laman Facebook (FB). Ramai yang bersimpati.
Rata-rata pengguna geram dengan perbuatan kumpulan pelumba itu yang disifatkan hanya berani di atas jalan raya dan bertindak senang meragut nyawa pengguna lain.
Mereka juga mendesak pihak berkuasa memburu saki baki kumpulan yang berlumba itu serta mengenakan tindakan tegas sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?