APAKAH MESYUARAT MKT UMNO PETANG INI ‘PANAS’?…

ZAM kata MKT UMNO sedar Najib sudah ditolak

BANGI, Isnin – Apapun yang bakal berlaku petang ini bakal terjawab dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO sama ada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak akan berundur atau tidak.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, berkata Najib perlu berundur secara bijaksana.

Dalam tulisan terbaru di laman blognya, beliau yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata, Perdana Menteri patut meletak jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara.

Zainuddin berkata, beliau mendapat maklumat bahawa hampir keseluruhan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat bawahan, terutama di kalangan ahli parti sendiri.zainuddin-maidin-1

“Maklumat yang saya terima pada keseluruhannya anggota MKT telah pun menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat di bawah, terutama dalam parti sendiri.

“Mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Kerja tertinggi UMNO petang ini,” katanya. 

Beliau turut memetik kata-kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di dalam TV3 pagi tadi bahawa apapun yang akan berlaku, biarlah seperti menarik benang dalam tepung, parti jangan berpecah.

Sehubungan itu, Zainuddin mengajak seluruh bangsa Melayu dan beragama Islam supaya sama-sama menyertai doa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di Tanah Suci Makkah, agar Allah membuka hati Perdana Menteri supaya meletak jawatan.

Tun Dr Mahathir berlepas ke Makkah semalam untuk menunaikan umrah.

Semalam, Najib menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

“Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” katanya ketika berucap pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau, semalam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?