Arab Saudi isytihar perang habis-habisan terhadap Syiah Houthi

001

imbalan Putera Mahkota yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, mengadakan mesyuarat dengan pegawai tinggi tentera di Riyadh, semalam.

RIYADH, 9 Mei – Tentera pakatan negara Arab mengisytiharkan ‘perang habis-habisan’ terhadap Syiah Houthi di Yaman selepas militan itu membedil bandar Najran di barat daya Arab Saudi, kelmarin

Serangan menggunakan mortar dan peluru berpandu itu mengenai sekolah dan rumah menyebabkan lima orang awam terbunuh, manakala 12 yang lain cedera.

Najran terletak berhampiran sempadan Arab Saudi-Yaman. Serangan kelmarin adalah yang pertama dilakukan oleh militan Syiah Houthi ke atas sebuah bandar di Arab Saudi.

“Militan Houthi telah melangkaui garis merah berikutan serangan itu dan mereka perlu membayar dengan harga yang mahal.

“Keselamatan Arab Saudi diberi keutamaan oleh tentera pakatan negara Arab dan angkatan tentera Arab Saudi,” kata jurucakap tentera pakatan, Brig Jeneral Ahmed Assiri, semalam.

Amaran Ahmed Assiri dikeluarkan selepas Timbalan Putera Mahkota yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, mempengerusikan mesyuarat tertinggi komander tentera bagi menilai situasi di sempadan Arab Saudi-Yaman.

Putera Mohammed diberi taklimat mengenai serangan udara yang dilakukan tentera pakatan dalam tempoh 24 jam lalu. Beliau mengarahkan pasukan keselamatan mengambil langkah meningkatkan kawalan di sempadan Arab Saudi-Yaman.

Ahmad Assiri berkata, kini militan Syiah Houthi mula menyasarkan sempadan, penduduk dan bandar di Arab Saudi.

“Operasi tindak balas bermula dan sasarannya termasuk pemimpin militan dan kawasan yang mereka duduki. Operasi ini tiada had.

“Saada di utara Yaman yang menjadi kubu kuat militan Houthi adalah antara kawasan dalam pemerhatian tentera pakatan,” katanya.

Kelmarin, lima warga Arab Saudi, termasuk pegawai penjara terbunuh dan 12 orang dilaporkan cedera dalam serangan peluru mortar dan peluru berpandu militan Houthi. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian