ARK revolusi baharu remaja

Ramai-ramai

Oleh Azri El

KUALA LUMPUR, Sabtu – Tidak mahu remaja terus menerima persepsi negatif daripada masyarakat, Kelab Remaja ISMA (KRIM), merangka satu lagi program pembangunan kepada golongan itu.

Dilancarkan hari ini, Akademi Remaja Krim (ARK) dijangka bakal mewujudkan revolusi baharu di kalangan remaja.

Pengarah KRIM Nasional, Asmadi Abdul Samad, berkata ARK dicetuskan bagi mencari dan membina tokoh di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah.

Sejumlah 2.2 juta daripada 5.5 juta remaja di negara ini katanya, adalah terdiri daripada pelajar sekolah.KRIM-3

Daripada jumlah itu hanya1.43 peratus sahaja dikategorikan sebagai remaja bermasalah, manakala selebihnya adalah remaja yang sangat berpotensi menjadi pelapis kepemimpinan negara.

“Remaja ada potensi, namun tidak disediakan platfom untuk mereka mengasah bakat mereka.

“Dengan ARK ini kita mahu menonjolkan elemen positif di kalangan remaja,” katanya ketika ditemui Ismaweb di Pusat Belia Antarabangsa di sini, hari ini.

Sementara itu, Koordinator ARK, Mohd Suhayl Salmi pula berkata, pihaknya menyasarkan 1,500 tokoh remaja dapat dilahirkan melalui projek yang dijadual bermula Jun sehingga Disember tahun ini.

“Sasaran projek ini adalah pelajar sekolah berumur 16 tahun sahaja kerana bagi kita, mereka ini banyak masa terluang dan tidak disibukkan dengan persedian peperiksaan dan aktiviti lain.

“Tema pendekatan kita dalam projek ini adalah ‘kepelbagaian’ iaitu termasuk motivasi, fizikal dan kemahiran potensi,” katanya.KRIM-4

Melalui program ini juga kata Mohd Suhayl, remaja akan didedahkan dengan ancaman yang sedang melanda golongan itu pada waktu ini. 

Ia bagi memberi kesedaran bahawa perlunya remaja berhati-hati dalam memilih jalan hidup, kerana mereka adalah aset berharga untuk bangsa dan negara.

Pelancaran ARK hari ini turut dihadiri Jawatankuasa KRIM dari 27 cawangan dari seluruh negara.

Selain penerangan, mereka turut diserahkan modul rasmi ARK untuk melaksanakan program di kawasan masing-masing.

Sebagai kempen promosi, ARK turut melancarkan klip video teaser sebagai pengenalan projek mereka yang boleh ditonton di pautan:

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian