Bapa rogol anak: Bunya Jalong dibebas bukti undang-undang sivil lemah

Bunya Jalong, 60, ketika di luar mahkamah pada 7 Mei lalu. Pada 2013, dia didapati bersalah merogol anaknya berusia 15 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.

Bunya Jalong, 60, ketika di luar mahkamah pada 7 Mei lalu. Pada 2013, dia didapati bersalah merogol anaknya berusia 15 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.

Oleh Azri El

BANGI, Khamis – Pembebasan tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong oleh Mahkamah Rayuan atas alasan tiada bukti penetrasi zakar, menampakkan betapa undang-undang sivil tidak boleh membela mangsa.

Mahkamah Rayuan telah menggugurkan hukuman asal dengan alasan bahawa tiada penetrasi zakar berlaku dan di dalam kes ini, penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol.

Bagi Wanita ISMA, ini satu lagi episod malang dalam sistem keadilan negara apabila fakta tertuduh merupakan bapa kandung dan kesalahan pencabulan tersebut dilakukan berulang kali tidak diambil kira oleh undang-undang sivil.

“Amat dikesalkan undang-undang sivil tidak mengambil kira faktor pembuktian DNA sebagai bukti rogol dan menyebabkan mangsa rogol teraniaya,” kenyataan mereka dipetik daripada laman rasmi Wanita ISMA www.wanitaisma.net.

teks ismaweb 4
Islam katanya, mengkategorikan rogol atau zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud dan hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian empat orang atau pengakuan tertuduh.

Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti atau qarinah kes.

“Hukuman yang boleh dikenakan ialah takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

Fakta kes menyatakan Bunya Jalong telah digugurkan daripada empat pertuduhan merogol anak gadisnya sendiri berumur 15 tahun sehingga mengandung dan melahirkan bayi.

Ujian DNA telah membuktikan bahawa si pesalah adalah bapa kepada bayi tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian