Belanda haram pakai niqab di tiga tempat awam

niqab

BELANDA, Isnin – Kabinet Belanda meluluskan larangan mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab di tempat-tempat tertentu seperti sekolah, hospital dan pengangkutan awam.

Larangan itu diumumkan kerajaan Belanda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet, kelmarin.

Perdana Menteri, Mark Rutte berkata, larangan tersebut hanya dalam bidang pendidikan, institusi kesihatan, bangunan kerajaan dan pengangkutan awam, tetapi tidak melibatkan pemakaian niqab di jalan raya.

“Pengharaman ini hanya dikenakan dalam situasi tertentu di mana ianya merupakan satu keperluan untuk muka seseorang dilihat atas alasan keselamatan.

“Kerajaan cuba mencari keseimbangan antara kebebasan rakyat untuk memakai pakaian yang mereka inginkan dan kepentingan komunikasi bersama.

“Kerajaan tidak melihat pelaksanaan pengharaman sepenuhnya di tempat-tempat awam,’’ katanya.

Untuk itu, bagi mana-mana wanita yang melanggar undang-undang dengan mengenakan niqab di tempat dan bangunan awam akan dikenakan denda sehingga 405 euro (RM1,606).

Dianggarkan antara 100 dan 500 wanita Muslim memakai niqab di Belanda.

Untuk rekod, Perancis dan Belgium turut mengenakan pengharaman pemakaian niqab di tempat-tempat awam. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?