Bukan masa suruh letak jawatan, kata Najib

gnajib

GOPENG, Sabtu – Datuk Seri Najib Razak yang kini dihimpit pelbagai kemelut, terutama hutang syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), merayu sokongan dengan berkata sekarang ini bukan masa untuk menggesa sesiapa meletak jawatan.

Bercakap di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng, Perak, hari ini beliau berkata, terlalu banyak cabaran dan masalah yang beliau perlu selesaikan, walaupun bukan semuanya masalah beliau.

“Semuanya akhirnya sampai kepada Perdana Menteri dan dikaitkan dengan Perdana Menteri.

“Longkang tersumbat depan rumah, bekalan elektrik untuk projek perumahan, orang kena culik di Sandakan dan orang Rohingya tidak boleh mendarat… ini belum kira lagi masalah berbangkit yang lain.

“Ini bukan masa untuk kita bergaduh sesama sendiri. Ini bukan masa untuk kita menyuruh orang meletak jawatan, tetapi masa untuk bersatu menghadapi dugaan mendatang,” katanya.

Najib, yang juga pengerusi 1MDB dikritik hebat ekoran kegagalan syarikat pelaburan strategik negara itu, sehingga menanggung hutang RM42 bilion.

Selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi tekanan agar masalah itu diselesaikan segera.

Malah, Muhyiddin turut menggesa semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan disiasat pihak polis.

Ketegasan Muhyiddin itu dilihat ‘menongkah arus’, sekaligus menimbulkan persoalan adakah kedua-dua pemimpin itu masih sebulu.

Ia diakui oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, yang mahu satu mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan segera bagi mengesahkan ikrar taat setia kepada Najib selaku Presiden.

Mesyuarat itu juga kata Zainuddin, perlu membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat daripada MKT seperti yang lakukan terhadap Dr Mahathir Mohamed pada 26 September 1969 setelah Tunku mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

“Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?