Datuk Bandar twit haram Islam di Perancis 2027 bakal disingkir

Perancis mempunyai umat Islam paling ramai di Eropah

PARIS, Sabtu – Seorang datuk bandar Perancis yang mengeluarkan kenyataan bahawa Islam akan diharamkan di negara itu menjelang 2027 menerima kecaman pelbagai pihak, termasuk dari parti pembangkang utama.

Kontroversi tercetus apabila Datuk Bandar Venelles di selatan negara itu, Robert Chardon, menghantar twit beberapa kali pada Khamis lalu yang menyebut:

French_Mayor_Expelled_Over_Ban_Islam_Calls

Robert Chardon

“Agama Islam akan diharamkan di Perancis pada 18 Oktober 2027.” 

“Sesiapa saja yang mengamalkan agama itu akan dengan serta-merta diiringi ke sempadan.”

Berikutan itu, parti pembangkang utama konservatif menyifatkan kenyataan itu tidak boleh diterima.

Naib Presiden Union for a Popular Movement (UMP), Nathalie Kosciusko-Morizet, berkata kenyataan tidak masuk akal itu tidak memberi apa-apa kesan dan bukan pandangan parti berkenaan

Twit Cardon yang menyakitkan hati itu dikecam oleh kebanyakan pemimpin konservatif, termasuk bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Sementara itu, jurucakap kumpulan sayap kanan UMP mengesahkan kini ada usaha dilakukan bagi menyingkirkan datuk bandar anti-Islam.

“Kami mengecam kenyataan itu tetapi kami belum membuat kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan.

“Kami telah memulakan prosedur untuk menggantikan Chardon daripada parti,” kata jurucakap UMP Pierre-Albert Mazars kepada Al Jazeera.

Di sebalik gesaan untuk mengharamkan Islam, Chardon juga mendesak supaya undang-undang Perancis mengenai sekular dihapuskan dan digantikan dengan Perlembagaan yang menetapkan “Peranchis hanya mahu mengamalkan kepercayaan Kristian”.

Islam adalah agama kedua terbesar di Perancis dan mempunyai kira-kira tujuh juta umat, terbesar di Eropah.

Sambil mengutuk kenyataan mengharamkan Islam, des Indigènes de la République (PIR), parti politik yang mewakili kepentingan umat Islam menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.

Bagi pengasas PIR, Mehdi Meftah, kenyataan sedemikian menunjukkan Islam mendapat perhatian di Perancis.

“Kami menafsirkan isu itu sebagai sesuatu yang terbaik dan kami sebagai Muslim di Perancis terus menerus mendapat perhatian,” katanya sambil memberi isyarat bahawa Muslim negara itu terus berusaha untuk memegang kuasa politik.

Meftah juga berkata, kenyataan Chardon itu menunjukkan keadaan politik di Perancis berada dalam kekusutan.

Pada April lalu, kumpulan pemantau menentang Islamophobia memberi amaran serangan disebabkan Islamophobia meningkat dalam tempoh tiga bulan tahun ini di Perancis, meningkat berbanding tahun 2014. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?