Iklan kerja sebagai ‘tukang pancung’ jadi perhatian
RIYADH, Selasa – Mengiklankan mengenai apa saja peluang pekerjaan menerusi internet kini sudah menjadi amalan terbaik untuk segera mendapat pekerja.
Namun, satu-satunya pekerjaan yang jarang sekali diiklankan di dunia ini dibuat oleh Kementerian Perkhidmatan Awam Arab Saudi, semalam.
‘Tukang pancung diperlukan’. Iklan yang disiarkan dalam laman web kementerian itu yang boleh dimuat naik mulai semalam.
Tidak memerlukan sebarang kelulusan universiti, iklan yang memerlukan lapan tukang pancung mendapat perhatian laman web di seluruh dunia.
“Lapan jawatan kosong sebagai tukang pancung yang diiklankan dalam laman web kementerian berkenaan tidak memerlukan calon memiliki latar belakang pendidikan tinggi bagi melaksanakan hukuman pancung mengikut undang-undang syariah Islam,” lapor agensi berita asing.
Bagaimanapun, oleh kerana kehendak tugas yang mengerikan, kekurangan individu yang cekap bermain pedang selain peningkatan jumlah mereka yang dihukum mati, calon bakal berdepan kerja yang banyak.
Sebelum ini, pekerjaan sebagai tukang pancung di Arab Saudi dikatakan menjadi pekerjaan keluarga secara turun temurun.
Arab Saudi berada di tangga ketiga antara lima negara tertinggi yang menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah pada 2014, selepas China dan Iran.
Ahad lalu, pihak berkuasa Arab Saudi memancung pesalah yang ke 85 tahun ini, berbanding 88 sepanjang tahun lalu.
Kebanyakan mereka yang dihukum mati itu terbabit dalam kes pembunuhan, tetapi 38 membabitkan kesalahan berkaitan dadah. Sebahagian besarnya adalah warga Arab Saudi sendiri, manakala selebihnya dari Pakistan, yaman, Syria, Jordan, India, Indonesia, Burma, Chad, Filipina dan Sudan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan