IMEC 2015: Feminisme gerakan terancang hancurkan Islam

pc 1

Oleh Azri El

AMPANG, 9 Mei – Gerakan feminisme dan liberalisme adalah satu usaha terancang bagi memusnahkan jati diri umat Islam khususnya wanita.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Dr Norsaleha Mohd Salleh, berkata ia antara salah satu cabang dalam agenda besar yang dirancang musuh Islam untuk memusnah negara Islam secara keseluruhan.

“Ia bukan datang bersorangan, tetapi satu pakej untuk rosakkan wanita Islam kerana mereka tahu kekuatan wanita Islam adalah mereka yang beriman,” katanya sambil menmbah beberapa negara Islam telah berjaya dimusnahkan dengan mewujudkan perbalahan sehingga mencetus peperangan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pemerkasaan Muslimah Antarabangsa (IMEC 2015) di sini, hari ini.

Persidangan sehari suntuk ini anjuran Wanita ISMA dan PEMBINA serta The Muslim Debate Initiative berpangkalan di London berjaya menarik kehadiran delegasi dari negara luar, termasuk Indonesia dan Singapura.

Dr Norsaleha berkata, di Malaysia, kumpulan ini bergerak secara sistematik dengan ditaja pihak Barat.

“Malah, lebih berbahaya kerana kumpulan ini bergerak menggunakan nama Islam bagi mengelirukan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, berpendapat perjuangan feminisme bukan mahu membela wanita.

“Sebaliknya, ia lebih kepada mempromosi kebebasan melampau sehingga melampaui batas dan fitrah beragama.

“Perjuangan mereka bukan atas dasar keluarga tetapi lebih kepada mempromosi feminis dan lesbian.

“Masyarakat perlu mengenali kumpulan ini kerena mereka adalah ancaman,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian