IMEC 2015: Feminisme produk puak liberal
Oleh Suzaimi Johari
AMPANG, 9 Mei – “Berhati-hati dengan feminisme kerana ianya adalah produk puak liberal,” kata Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
Beliau berkata, jika dikaji dari segi sejarah, jelas menunjukkan Islam tidak menindas wanita.
““Jika dilihat dari sejarah, jelas menunjukkan Islam tidak menindas wanita. Tugas wanita dalam mengurus rumahtangga seperti memasak, mengemas dan sebagainya bukanlah satu bentuk penindasan,” katanya lagi membantah pihak yang menganggap golongan Feminis sebagai penyelamat kaum wanita.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertanjuk ‘Feminism in Malaysia and its Relation to Secularism’ pada Persidangan Pemerkasaan Muslimah Antarabangsa (IMEC 2015) di sini, hari ini.
Katanya, feminisme di Malaysia tidak seperti di India di mana mereka masih memperjuangkan hak-hak wanita seperti dalam upacara ritual wanita akan dibakar bersama suami yang meninggal dunia.
“Tetapi golongan ini menuntut hak wanita di dalam undang-undang Islam dan syariah termasuk menolak hudud dan fatwa Islam,” katanya.
Dr rafidah berkata, kesalahan dalam mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu oleh Sister in Islam (SIS), contohnya akan menambahkan lagi kekeliruan masyarakat, bukannya mendidik.
Turut hadir dalam persidangan kali ini termasuk beberapa wakil dari pertubuhan wanita termasuk Rozana Isa dari SIS yang turut melontarkan pandangan beliau berkaitan feminisme dan sekularisme.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan