IMEC 2015: Islam menjujung wanita ke tahap tertinggi

dr-fatimah-zahrah-2

Oleh Roza Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Mei- “Wanita perlu tunduk kepada lelaki sepanjang masa dan tidak dibenarkan bergaul dengan masyarakat sekeliling”. Itu antara tanggapan golongan feminis terhadap wanita.

Bagi menyangkal tuduhan mereka itu, aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Dr Fatimah Zaharah Rosli, berkata jika anggapan itu benar, mustahil bagi wanita yang ada dihadapannya kini dapat hadir ke IMEC 2015 ini.

“Antara contoh paling jelas yang menggambarkan bagaimana Islam menjunjung wanita ke tahap tertinggi ialah menerusi kedudukan seorang ibu yang mana tingginya kedudukan seorang ibu itu tidak disebut dalam agama lain,” jelas Dr Fatimah Zaharah Rosli.

Dr Fatimah juga turut memetik sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, “syurga terletak di bawah telapak kaki ibu”.

Beliau berkata, melalui hadis ini jelas menggambarkan bahawa wanita perlu dimuliakan dan hadirnya ketaatan kepada ibu selepas kepada Allah.

Dr Fatimah mengambil contoh kisah Asiah yang taat kepada suami, tetapi tetap tidak membelakangkan Allah.

Katanya, wanita hebat ini mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah sehingga dirakamkan di dalam al- Quran bahawa Allah akan membina rumah di syurga untuknya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?