IMEC2015: Lebih 300 peserta dalam, luar negara hadir

audience 1

Oleh Nurul Husna Che Hamzah

AMPANG, 9 Mei – Seramai 300 peserta dalam dan luar negara menghadiri International Muslimah Empowerment Conference (IMEC) 2015 yang sedang berlangsung sekarang di Dewan 2, Hotel De Palm, Ampang.

Persidangan yang akan berlangsung sehari suntuk ini antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada wanita muslim mengenai isu feminisme yang sedang melanda seluruh dunia, dari perspektif Islam.

Selain itu, ia bertujuan menyedarkan setiap muslim mengenai pendirian Islam dalam meraikan wanita dan bagaimana Allah melindungi dan menghormati kaum wanita.

Objektif lain adalah untuk membimbing peserta mengenai bagaimana untuk menghadapi perdebatan berkaitan feminisme dan isu liberalisme.

Objektif terakhir adalah sebagai platform bagi Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) untuk bekerjasama dan bertukar-tukar idea and ilmu pengetahuan dengan pergerakan Islam lain yang berkongsi misi yang sama dalam menghadapi ancaman feminism dan liberalism.

Persidangan anjuran Wanita ISMA dan PEMBINA itu menarik kehadiran delegasi dari negara luar, termasuk Indonesia dan Singapura.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian