Indonesia syor gaji amah di Malaysia RM1,200 sebulan

indonesia

KUALA LUMPUR, Jumaat – Kerajaan Indonesia mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk menaikkan gaji rakyat negaranya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia kepada RM1,200 sebulan.

Timbalan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono, berkata berbanding negara lain, gaji di sana adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan gaji yang ditawarkan di Malaysia

“Jadi, kenaikan gaji daripada RM800 kepada RM1,200 sebulan itu adalah untuk menjadikan pekerjaan pembantu rumah di Malaysia lebih kompetitif,” katanya.

Berikutan itu, satu kertas cadangan telah diserahkan kepada Malaysia sewaktu mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Kementerian Sumber Manusia kedua-dua negara di Putrajaya pada 12 dan 13 Mei lepas.

Selain itu Hermono berkata, Indonesia turut mencadangkan supaya Malaysia memudahkan urusan pemprosesan dokumen serta memansuhkan caj bayaran yang dikenakan kepada pembantu rumah yang dianggarkan sebanyak RM1,800 seorang.

“Kalau kita biasa sediakan saluran rasmi yang lebih efisien, yang lebih murah, gaji yang lebih baik dengan perlindungan yang lebih baik, diharap mereka berurusan dengan saluran yang sah.

“Dan sekarang ini, kita menantikan maklum balas dari Malaysia,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada pertemuan Februari lepas telah bersetuju untuk mewujudkan hanya satu saluran pengambilan pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia.

Tujuannya adalah untuk memelihara kepentingan mereka selain menangani masalah kemasukan pendatang tanpa izin. Dianggarkan lebih 4,000 pembantu rumah dari Indonesia masuk melalui saluran rasmi, manakala 105,000 pembantu rumah dilaporkan memasuki negara ini secara tidak sah. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?