iPeguam sokong larang Joshua Wong masuk Malaysia

Muhammad Luttfi Abd Khalid

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Tindakan tegas pihak Imigresen Malaysia menyekat kemasukan aktivis gerakan antikerajaan di Hong Kong, Joshua Wong Chi-fung semalam mendapat sokongan Gabungan Peguam-Peguam Ikatan Muslimin Malaysia (iPeguam).

Pengerusinya, Mohd Luttfi Abdul Khalid, berkata penghantaran pulang Joshua sangat dialu-alukan sebagai usaha menghalang cubaan beberapa pihak di dalam negara ini yang mahu mengganggu gugat suasana harmoni dan kestabilan negara.

“Negara kita sedang melalui satu fasa yang sangat penting untuk menangani ancaman terhadap kestabilan nasional dengan mekanisme tersendiri.

“Kita tidak memerlukan pihak luar, apatah lagi individu yang pernah terlibat dalam kegiatan antikerajaan, untuk mengajar kita bagaimana untuk menterjemahkan amalan demokrasi di tanah air sendiri,” katanya mengulas penahanan Joshua oleh pihak imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, semalam.

Jelas Luttfi, Joshua Wong sangat terkenal dengan aktiviti antikerajaan di Hong Kong khususnya pada tahun 2014.

“Apa yang tidak didedahkan (barangkali secara sengaja) oleh para aktivis hak asasi tempatan yang cuba menangguk di air keruh terhadap suasana kegawatan politik Malaysia.

“Hakikatnya, kegiatan antikerajaan yang dipelopori oleh Joshua Wong di Hong Kong adalah sangat berkait rapat dengan agama Kristian.

“Joshua sendiri tidak segan silu mengisytiharkan identiti Kristiannya sebagai penggerak utama di sebalik aktiviti antikerajaannya selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Justeru, kehadiran beliau hanya akan menimbulkan suasana yang tidak dingini dan boleh menggugat keselamatan negara dan keharmonian nasional yang semakin terancam dengan pelbagai tekanan dari pihak ekstremis dan golongan anarkis.

“Lebih membimbangkan sekiranya Joshua turut membawa agenda Kristian ke dalam sesi perjumpaan atau perbincangan dengan pihak-pihak yang menjemput beliau ke negara ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian