ISMA cabar Kit Siang iktiraf Malaysia negara Islam

Haji-Hazizi-56

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – “Kalau Kit Siang kata dia tak anti-Islam, dia kena iktiraf dulu Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Dia kena sokong Malaysia adalah negara Islam sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

“Itu baru betul dia bukan anti-Islam,” kata Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ustaz Hazizi Ab Rahman.

Semalam, Kit Siang yang merupakan penasihat parti rasis dan cauvinis DAP menyatakan bahawa pendiriannnya yang menolak pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan) 2015 atau hudud bukan disebabkan anti-Islam tetapi sebaliknya ia dilihat bertentangan dengan Perlembagaan.

Kit Siang berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kota Bharu yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Berikut adalah di antara kenyataan pemimpin kanan DAP, mendiang Karpal Singh seperti yang diterjemahkan dari laporan sebuah portal berita berfahaman liberal pada 28 Jun 2010:

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan).”

DAP sebagai parti pelampau sejak dahulu sememangnya konsisten menentang penubùhan negara Islam. Malah, Kit Siang sendiri dalam ucapannya di Dewan Rakyat tetap menolak Malaysia sebagai negara Islam.

Sebelum ini, Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong DAP kerana ia adalah haram dan berdosa memandangkan parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta hukum hudud.

Abdullah menegaskan, umat Islam tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP kerana ia akan turut membawa kemenangan kepada parti tersebut yang ternyata menentang kewujudan Malaysia sebagai negara Islam dan hukum Allah.

Klip video ucapan Kit Siang yang menentang kewujudan negara Islam di Malaysia

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?