Israel roboh kediaman Palestin di Lembah Jordan

Homes dispute in Herbron
TEBING BARAT, Ahad – Diskriminasi Zionis ke atas penduduk Palestin terus berterusan. Terkini, penduduk Palestin di Lembah Jordan diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka sebelum dimusnahkan.

Perintah perobohan ini adalah yang terbaru dalam siri perintah yang dikeluarkan tentera Zionis yang yang menetapkan Tebing Barat hanya untuk penduduk asli di Lembah Jordan.

Keluarga yang menerima notis itu diberikan masa tiga hari untuk mengosongkan rumah mereka sebelum jentolak Israel datang untuk memusnahkan rumah mereka.

Menurut keluarga Palestin yang terlibat, tidak ada penjelasan yang diberikan oleh pihak berkuasa Zionis berkaitan perintah perobohan rumah-rumah tersebut.

Para keluarga Palestin hanya diberitahu bahawa mereka harus keluar dari rumah mereka dengan semua barang-barang.

Januari lalu juga, Israel secara haram telah memusnahkan kediaman 77 orang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.

Dalam kejadian itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA), berkata tindakan meroboh (kediaman penduduk Palestin itu) telah mengakibatkan berlakunya pengusiran secara paksa dan ini adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa kerana mewujudkan situasi tegang dan menyebabkan penduduk sengsara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?