Isu Mesir: Turki kecam Barat membisu

erdogan
TURKI, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam sikap membisu Barat terhadap kerajaan Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Presiden sah Mesir, Muhammad Morsi.

“Mesir hari ini sudah kembali ke Mesir lama. Anda tahu berapa lama usia Mesir bukan?” Soal Erdogan di hadapan penyokongnya dalam satu himpunan di Istanbul semalam sejam selepas hukuman terhadap Morsi diumumkan.

“(Presiden Mesir, Abdul Fattah) As-Sisi tidak boleh disekat. Barat tidak mengambil pendirian terhadap As-Sisi si perampas. Walaupun Barat tidak bersetuju hukuman mati, namun untuk Morsi, mereka hanya menonton keputusan hukuman mati itu.

“Mereka (pemimpin Barat dan Sisi) sebenarnya bersekongkol dalam hal ini,” katanya.

Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap Morsi dan lebih 100 ahli Ikhwan Muslimin ekoran insiden rusuhan besar-besaran pada tahun 2011.

Morsi dan defendan lain telah disabitkan dengan membunuh dan menculik anggota polis, merosakkam kemudahan polis dan memecah keluar dari penjara semasa pemberontakan 2011 menentang pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Erdogan sebelum ini juga lantang mengutuk rampasan kuasa As-Sisi terhadap Morsi pada 2013 yang tidak langsung dibantah oleh barat.

Sementara itu, dalam setiap perbicaraan yang dihadiri, Morsi membantah proses perbicaraan kerana beliau masih Presiden Mesir yang sah dan mendakwa semua perbicaraan ke atasnya tidak sah kerana pihak pendakwaraya tidak mendapat persetujuan 2/3 parlimen.

Morsi juga telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dalam perbicaraan kes ‘Istana Presiden’ kerana bersalah menggunakan kekuatan menentang penunjuk perasaan.

Beliau juga dituduh terlibat dalam kes ‘Risikan bersama Qatar’ dan ‘menghina mahkamah’.

Sejak digulingkan, kerajaan tentera telah mengadakan kempen besar-besaran ke atas penyokong Morsi dan telah menyebabkan 1,400 kematian. Seramai 15,000 orang ditangkap dan dibicarakan dengan pelbagai pertuduhan.

Hukuman mati ke atas ratusan penyokong Morsi dibuat dalam siri perbicaraan dalam tempoh singkat dan ia disifatkan oleh PBB sebagai ‘tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia’.

Pertubuhan hak asasi manusia pula mendakwa As-Sisi menggunakan sistem kehakiman negara untuk menghapuskan penentangnya. – AGENSI

Artikel berkaitan:
Tidak mungkin hukuman dapat dilaksanakan: Al-Qaradawi
Morsi, lebih 100 pengikut dijatuhi hukuman mati
Bahaya campur tangan asing dalam politik negara: ISMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?